25 May 2015

RAHSIA AWET MUDA

Pilih kosmetik yang berasaskan bahan mineral kerana ia dikatakan menggunakan bahan alami dan bebas daripada bahan kimia.


Pilih alas bedak jenis cecair kerana ia tampak lebih nipis dan ringan. Jika menggunakan alas bedak tebal, ini akan menyebabkan garis kedutan nampak lebih ketara.


Untuk menjaga kesihatan dan kecantikan bibir, gunakan selalu pelembap. Ia juga membantu mencegah kulit bibir yang pecah. Untuk membuatkan bibir lebih penuh, sapukan pengilat selepas pemakaian lipstik.


Aplikasikan shimmer di atas tulang pipi setelah menyapu pemerah pipi untuk membantu membuatkan wajah tampak lebih menarik.


Selain pembayang mata yang sesuai, penggunaan maskara, dan penggaris mata juga penting  untuk menghasilkan solekan mata yang tajam dan nampak segar


Biar setebal atau semahal mana sekali pun produk yang digunakan, namun kulit tetap akan kusam dan tidak bermaya jika kurang tidur. Tidur memperbaiki dan meremajakan kulit.


Kurangkan pengambilan gula. Terlalu banyak gula yang bertindak balas dengan protein di kulit boleh mempercepat proses penuaan. Perbanyakan mengambil makanan yang menyihatkan kulit seperti salmon, badam dan buah beri.



Bukan hanya sekadar berhenti merokok, tapi pastikan anda menjauhi  asap rokok kerana ia boleh membantu mempercepatkan proses kedutan selain merosakkan penghasilan kolagen.





Oleh: NADIA MAJALAH KELUARGA
Tarikh: 22 Mei 2015
https://www.facebook.com/KeluargaMagazine


No comments:

Post a Comment

kiu